Hari pertama :
Excited ke KK semua dah check-in tapi bila overexcited ni mesti ada benda yang kurang elok yg akan berlaku kan? Ceritanya macam ni...
Aku dah web check-in, n dahtu sampai di LCCT lambat pulak. Nak ke kiosk pulak, beratur. Lepastu, bila masukkan booking number, cakap dh check-in, rupa-rupanya aku kena print. Kelam kabut gila. Lepas tu tanyalah stewardess, dia ckp dh x sempat. Tanya orang yg jaga gate, dia x jamin. Lepastu aku x puas hati lagi, aku gi ke kaunter untuk print tiket lah. NAsib baik gila sempat. Serious nanti aku dah xnak check-in lagi di LCCT. Pengajaran untuk aku kali ini. Lain kali jangan buat. Masa yang aku ada sebenarnya lebih kurang 20 minit tp biasalah AirAsia, delay 20 minit jd nasib abku baik. Kalau tidak, tengok KL lagi lah. Sebelah aku ni pacik India yg sempoi. hhihi. Flight pun x penuh. sewaktu dalam flight, aku sempat kenal uncle Selva. Dia datang kerana urusan kerja. banyak jugak lah aku berbual dgn dia. Juga pasal kerja; mungkin ada rezeki di situ. Dia sampai nak belanja aku minum tp aku menolak sebab atas flight, mahal harganya. 1 lagi cerita lawak, time aku nk masuk tandas, ada aunty Cina ni x kunci, jd terkejut gila aku dengan dia. Siapa suruh dia x kunci -__-'
Aku sampai di airport KK pukul 610 pm. Jadi, kat sini aku semayang dulu and tanya mana tempat back-packers and macam mana nak naik gunung juga musim kat sini. Orang mereka peramah. Oh, sebelum itu, aku dah cop pasport, sekarang aku tgh tunggu bas untuk ke Padang Merdeka. Kat situ banyak tempat backpackers. Akhirnya aku jumpa lounge backpackers untuk menginap. Nama dia Tropicana.Yang sebelum ni, mahal sikit and juga ada yang penuh. Sini, aku dok dalam dorm, ada 6 katil tp dorm yang kosong sebab satu lagi dah penuh. Jadi aku kena duduk yang sebelah. So, privacy sikit lah.
Aku keluar jalan-jalan lepas mandi and semestinya aku carik seafood. Dapat lah makan udang and rumpai laut tapi, bagi aku harganya sangat mahal. Aku pergi macam downtown kot. Bapak, ada satu area tu bundle besar gila. Dapat selai kemeja. Kat sini xde yang berbeza pun, cuma bandar dia kecik lah. So, sekarang aku dah sampai dorm and tolong doakan aku dapat pakej murah untuk naik gunung KK.
~Selamat malam, cInta. Terima kasih tuhan.
No comments:
Post a Comment