Hari kedua :
Aku bangun, seawal 630 pagi. Dah sedar-sedar saja, gelang yang aku beli semalam, dah terburai. Celaka betul. Lodge ni ada sediakan breakfast, tai aku decide untuk jalan-jalan tengok suasana pagi. Harapan aku harini, hanya satu; dapat pakej naik gunung yang murah. Tolonglah aku, Tuhan.
Lepas aku balik mandi, etc, aku turun ke Wisma Sabah; aku tunggu depan Sutera Harbour sebelum dia bukak lagi. Lepastu, sementara menunggu, aku jalan-jalan dan terjumpalah pakej pusing pulau, cakap-cakap dengan orang disitu, sangat peramah. Cukup jam 9 terus aku ke ofis Sutera Harbour, alhamdulillah aku dapat pakej murah walaupun over-budget sikit tapi xde la mahal gila macam semalam. Sekarang, hati aku tersenyum ^___^. harap-harap, semua dipermudahkan. Oh, sekarang aku lepak di muzium kopitiam, semestinya kedai kopi yang kool & vintage.
Perjalanan dari KK ke Kinabau Park mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Dalam vann, aku nampak sekali lagi kasih seorang ibu kepada anak-anaknya. Dua drp anaknya muntah. Mungkin sebab jalan berbengkok. Bila dah memsuki kawasan gunung, udara sungguh segar. Pemandanga yang ditutupi awan, sejuk gila. Tapi, still dengan pagoda; selesa katanyeer. Di sini jangan ambik tempat tidur dalam Kinabalu Park sebab mahal gila. Jadi cari yang kat luar. Aku sekarang pun baru habis makan. Kejap agi aku akan mula mencari. Setelah lama vegetarian, inilah aku makan nasik ayam lemon. Sumpah rasa xsedap perut. Oh, makanan disini agak mahal. Biasalah kalau diatas gunung.
Selepas mandi, terus aku keluar ke Kinabalu Park. Ohhh... tadi ada lagi seorang sebilik dengan aku. Tapi x sempat jumpa. Hidup sini semuanya berkabus. Tadi, waktu aku sampai, boleh nampak lagi gunung, tapi sekarang semua sudah ditutup oleh kabus. Ini keindahan ciptaan Maha Pencipta. Mungkin dan aku percaya dengan cara ini aku dapat jumpa agama yang aku cari. Sungguh indah ciptaan alam ini. Segar, cantik tapi yang melihat saja yang tahu. Kabus-kabus bergerak menutupi ruang-ruang kosong. Ah, tidak cukup dengan perkataan indah, memang tidak dapat de-describe. Oh, aku berbual dengan seorang uncle dan seorang orang muda tentang agama. Falsafah, kehidupan, dan banyak lagi. Banyak ilmu aku dapat. Selain itu, aku hanya baca buku untuk buat mengantuk dan last sekali...... Call Cinta. :) Tidak sabar untuk esok pagi.
~Selamat malam cInta~
No comments:
Post a Comment