expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jantung Hati Ke Sabah - Day 5

Hari 5 :

Pagi ini aku bangun sedikit lewat. Sakitnya rasa betis aku. Terkenangkan Gunung Kinabalu, aku hanya tersenyum dan senyum untuk kesakitan ini. Aku bersarapan dengan roti dan kopi di Tropicana. Melayan keindahan hutan, burung, tupai di belakang lodge ini. Indah sungguh. Aku keluar pukul 10 lebih dan terus ke pulau. Harini aku ke pulau Manukan dan Mamutik. Cantik betul lautnya; choralnya, orangnya.

Di Manukan aku sempat kenal dengan pasangan dari China. Kami berbual sikit saja sebab dia x fasih sangat berbahasa Inggeris, tapi dia ada bagi aku cuba rokok dari negara China. Di Mamutik pula, aku sempat berbual dengan pasangan matsalleh tapi hanya sekejap. Mereka kelihatan sangat hippies dan simple. Apa yang aku boleh cakap, pulau-pulau di sini, airnya sangat jernih dan binatang di dalam laut sangat cantik. Sayangnya aku tidak snorkeling. Sebab kalau aku datang dua orang, mesti aku snorkeling kerana aku bawa beg. Itu saja masalah dia. Kejap lagi aku balik ke KK untuk bersiap.

Bot aku pukul 4. Sekarang aku sudah di kedai makan, di bawah lodge aku tinggal. Lapar gila! Sebelum ke lodge, aku jalan-jalan kejap tapi kaki aku sakit gila. Aku tidak fikir lagi ini macam mana nak ke airport sebab bas sampai pukul 7 saja. Aaahhhh..... malas la balik. Sini lagi tenang.

Aku dah di airport sejak dari pukul 730 lagi dan sekarang pukul 1 pagi. Lagi 6 jam untuk balik.



















No comments: