Day 4 :
Gila! Semalam, aku rasa macam tidak tidur saje; badan letih gila, tapi xtau kenapa aku x lelap. Bila aku bangun, aku pun tanya pada pasangan Jerman tu. Mereka pun sama. Selimut di Laban Rata ini sumpah terbaik. Badan rasa panas gila, aku hanya pakai boxer. Kami semua bangun dalam sekitar jam 2 pagi. Huh.... Bila kena air, aku rasa macam beku. Gila.
Ni kami tunggu untuk breakfast dan bersiap untuk ke puncak. Harap-harap semua selamat sebab nafas aku x berapa baik ni. Yeah, kami berjaya, apa yang dapat rasa ialah kepuasan sebab tiada perkataan yang dapat describe. Okay, sambung cerita, lepas breakfast pukul 3 pagi, kami terus mendaki Laban Rata ke puncak. Gila, suhu di Laban Rata 4 degrees. Lepas tu perjalanan dia bagi aku sangat mencabar dan sangat sejuk. Sejuk semulajadi ini bagus. Tapi bila di ketinggian yang tinggi dan mendaki, oksigen itu kurang.
Semua orang pakai lampu. Pakaian aku hanya pagoda dan kemeja. Oh, juga glove dan skarf. Tapi bila tiba di puncak, aku mula sarungkan jaket. Gila x sarung. Suhu sudah 2 degrees. Aku sampai puncak dalam pukul 525 pagi dan lepas tu Andy dan Franchisca pun sampai. Serius letih dan x cukup tenaga. Tapi, semua itu berbaloi. Selain melihat matahari naik, pemandangan di atas itu sangat-sangat lah cantik. Tapi ada satu berita yang sedih iaitu salah seorang pendaki mati.
Aku sempat dengar bunyi batu jatuh. Tapi x nampak orang yang jatuh. Bila confirm sudah mati, mereka (guide) terus menelefon satu sama lain. Kata Asid, ini kes ke-10 menyebabkan kematian dan ini yang terburuk. Aku sempat melihat awek ni sebab diorg sampai dulu 1 group kat puncak. Tapi, x berapa nak cam.
Rasa gembira aku, bertukar jadi sedih bila tahu ada yang mati. Kawan-kawan group mereka hanya mampu sedih. Bila kejadian ini berlaku, kawan dia datang dan cakap "Someone is falling down!" tapi bila dah gi check semua, sudah mati. Sebab jatuh dari puncak. Dalam perjalanan kami turun, ada orang yang datang rescue body untuk diambil oleh polis. Lepastu kami turun dalam 630 pagi dan sampai di Laban Rata pada pukul 845 pagi. Lepastu, kami makan dan pukul 10 pagi, kami gerak turun. Kaki semua rasa nak tercabut. Tapi syukur, kami sampai di Tim Pohon pada pukul 150 petang. Dan dalam perjalanan itu, kedengaran tentang kematian. Lepastu, kami lunch di Balsam Cafe dan benda paling aku tidak suka ialah ucap selamat tinggal kepada Andy dan Franchisca. Dan perjalanan ini sungguh indah. Moga cinta bersama mereka. Sekarang aku kena cari transport ke KK.
Aku sampai di KK pukul 5 petang. Dan terus ke Tropicana Lodge. Aunty Tika di situ. Kali ni aku berkongsi bilik dengan orang Korea. Lepas tu aku mandi dan bersiap untuk dinner. Dan aku jalan-jalan ke Philipina Market. Rupa-rupanya berita kematian pendaki itu sudah masuk berita.
Sesampai aku di Tropicana, Aku bersembang dengan Aunty Tika. Subhanallah, aku terkejut dan sebak kerana pendaki yang mati itu aku kenal walaupun x pernah bercakap. Aku ingat kerana dia juga check-in di Tropicana. Tetapi yang buat aku ingat tentang dia, ialah senyuman dia. Dia selalu senyum kepada aku sebab dia seorang yang suka senyum dan tidak kedekut untuk senyum. Aku yakin sebab bila Aunty Tika check nama dia di buku check-in, memang sama dengan nama di dalam berita. Aku dan Aunty Tika berbual tentang Viktoria Paulsen, perempuan yang jatuh itu. aku ada sense dia yang jatuh, tapi aku hanya ketepikan perasaan itu sebab itu tak bagus mendoakan kematian orang lain. Di sini aku hadiahkan puisi untukmu Viktoria Paulsen.
Walaupun aku tidak mengenalimu,
Tapi aku ingat di pagi hari,
Senyumanmy yang manis,
Kulitmu berwarna kekuningan,
Dressmu warna-warni,
Senyumanmu sebanyak lima kali kepadaku,
Kali terakhir aku ingat,
Bila kau sampai di puncak bersama jaket birumu,
Moga rohmu dicucuri rahmat,
Dan moga kau aman di sana,
Selamat tinggal Viktoria Paulsen,
Moga senyuman cinta bersamamu.
Rest in peace.
-10 Februari 2014, Peak Mountain, Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment