expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

A Tough Week, I Had

Hello people. Dah seminggu tak tulis. So maknanya? Yeah pandai. Maknanya mak jemah tengah busy mencary sesuap nasi. Ahaaa gitulah jawapannya. Baru start kerja dekat ELS Language Centre uols. Lepas second interview, Alhamdulillah dapat contract sebulan dekat branch UPM. Xde la iols gigih naik train. I love driving je.

Macam mana new environment?
Soalan paling best. SUSAH. Eleh.. standard laa kan tempat baru, cabaran pun baru kan? Yes. Memang. TETAPI, aku kena ajar international students yang English nya is a FOREIGN language dan, ajar students MASTERS dan PhD.

Huyo. Tapi, buku kan diorang kasi. X yah dah develop notes dan silibus.
Yes. Tapi aku kena ajar English untuk students yang 2 LEVEL ATAS drp aku.
Silibus pulak TOO STRUCTURED and x clear. memang aku kena buat homework untuk diri sendiri kaw-kaw punya.
Pastu kena jadi SUPER CREATIVE. Yakni, buat games yang ada 4 skills tu. Untuk orang tua, mana boleh buat banyak2 bergerak sangat.
Time is my enemy. Sebab, X ADA MASA NAK BELAJAR SILIBUS DAN PREPARE.

Then, macam mana kau cope?
Menangis dulu untuk 4 hari sampai mata bengkak-bengkak, then survive. Makan ubat dengan banyaknya sebab aku batuk super teruk dan xde suara untuk mengajar

In conclusion :
Mengajar English utk orang tua yang English nya is foreign language, 2 levels advance, terkejar2 masa from 1 class to another, berkorban masa tido utk self study.

Oh, lupa pulak nak bagitau. Malam pulak aku mengajar tusyen part time untuk primary and secondary. Dua hari je aku ngajar. Tapi, dia punya penat.... Yela sebab nak kasi prepare kaw-kaw punya untuk ss ELS. Stress dow. jantunghati pun stress tengok aku menangis. huhu

Then, bila dah Jumaat dah setel, Rafflesia School pulak panggil untuk 2 interview. It went well. Takmau cerita lagi part ni. So, tunguuuu.....

Apa cerita Sabtu?
The plan should be aku tinggal sorang2 sb parents aku pergi Singapore and Dak Angah pi Korea. Memang dah ada plan yang lengkap la cerita dia. Then Sabtu malam, di kala enak diulit mimpi, bapak aku ketuk pintu (xtau la berapa lama dia ketuk sebab aku tido mati sebab overdose ubat) aku bangun and bukak pintu, a very sad news to be heard. Makngah Melaka passed away pukul 3. Tapi oleh sebab mengantuk tahap dewa, aku sambung tido. X guna betul. Bapak aku kejutkan time tengah gosok baju pun xtau bpe kali dia kejut. Dia soh bangun mandi and siap2. Aku xtau la camne nak describe keadaan time tu. Mmg serabut serabai mamai lah. Then aku sambung tido dalam kereta. Bila dah sampai Melaka baru aku dapat connect balik sel-sel otak aku ni. The fact that my beloved aunty has passed away. Lepas ni dah xde reason dah nak tido Melaka. Selamat dikebumikan waktu tengah hari. By zohor dah selesai. Yang buat aku sedih is, dia dapat dikebumi sebelah kubur arwah pakngah. Sweet sangat. Arwah memang cakap dia booking lot tu sebab dia nak disemadikan bersebelahan dengan arwah suami dia. Dulu, diorang memang sweet. Very loving each other. Lepas pakngah passed away, memang nampak makngah has lost her other half. Rezeki dia, dia dapat dikebumi sebelah kubur husband dia.

Al-fatihah untuk makngah dan pakngah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.

No comments: