expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jantung Hati Ke Sabah - Day Three

Day 3 :

Aku bangun awal pagi dalam 645 dan solat subuh. Lepastu, aku naik ke Sanctuary Lodge untuk tanya siapa aku boleh share guide dan daftar semua. Tapi, tiada :( Kemudian aku ke dorm balik untuk mandi dan ambil semua barang aku. Then, pergi balik ke Sanctuary Lodge. Disitu aku kena cari climbers lain untuk share guide. Ada 3 orang Korea aku try, tapi diorang tak mahu kongsi, jadi aku terus tanya. Nasib baik aku jumpa pasangan dari Germany dan diorang sudi berkongsi. Phew~ Lega. Nama pasangan ini Andy dan Franchisca. Sangat baik. Diorang sudah bersama 6 tahun dan kami banyak berbual. Nama guide kami ialah Asid dan dia orang lama dan sangat baik. Jadi kami mulakan perjalanan.

Kami mula pukul 845 pagi. Sebelum tu, aku beli sedikit coklat, biskut, air di Tim Pohon Gate. Pendakian sangat mencabar bagi aku, tapi itulah pengalaman sangat menarik. Sangat mencabar walaupun ada tangga. Dalam perjalanan, ada banyak tupai di pit stop dan jinak-jinak semua. Aku ternampak beberapa orang macik yang tua bawa makanan ke atas. Sangat hebat! Respek aku pada mereka. Perjalanan kami, kadang-kadang hujan dan hanya ditutupi kabus. Kadang2 aku sarungkan kemeja, tapi, banyak masa aku hanya pakai pagoda. Ini kali pertama aku rasa sakit sikit di kaki. Mungkin jarak tangga dan batu-batu sangat jauh. Jadi kami sampai di Laban Rata pada pukul 2 ptg dan makanan disediakan pada pukul 430 petang. Aku lapar gila dan makanan kt sini gila harga tapi difikirkan balik, itu berbaloi dengan cara mereka bawa naik ke atas. Banyak betul aku berbual dengan pasangan ini. Mereka pun menulis buku. Oh, lega rasa, kami makan kenyang gila dan aku minum kopi 5 kali. lepas itu, kami lepak di kafe; berbual dan main kad. Aku ingat cara mereka main, best. Lepas tu dalam pukul 7 malam, semua decide nak masuk tidur.

Selamat malam cInta, Tiba-tiba ada call masuk. Hello Cinta.....




















No comments: